KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Dalam Bangunan Setiap Hari Sabtu Di Nilai,N.9

Nama:-
No. K/P:-
No. H/P:-
Alamat:-
Email

form mail

Tuesday, October 7, 2008

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN KALI PERTAMA

Hye kawan-kawan!!

Setelah 4 bulan beroperasi, Sunnur Mushroom Farm (SMF) kini bersedia menganjurkan
Kursus Penanaman Cendawan Tiram Di Dalam Bangunan Kali Pertama atas permintaan ramai. Kursus ini membuka peluang kepada bakal pengusaha cendawan yang berminat untuk menanam cendawan di dalam bangunan seperti rumah, kedai, pejabat mahupun kilang. Tips dan teknik yang betul akan diajar serta rahsia kejayaan turut dikongsi bersama.
(Klik iklan untuk paparan penuh)


Sekiranya anda berminat, sila ikuti langkah seperti di bawah:-
  • Langkah pertama
- Masukkan deposit sebanyak RM 50 ke
CIMB Bank - No.Akaun: 14460000499054

atas nama MOHD KHAIRIL AMRI B. ISHAK

  • Langkah kedua
- SMS:- Nama, Alamat, K/P, tarikh dan masa transaksi dibuat
ke 016-9069004 untuk pengesahan.
Baki bayaran boleh dilunaskan pada hari kursus diadakan.

Sekian, terima kasih........................

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, kami Sunnur Mushroom Farm (SMF) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terutama sekali kepada semua pengunjung setia blog ini, para pengusaha cendawan serta pembekal barangan cendawan kepada kami. Tidak lupa juga kepada customer atau pelanggan kami yang setia menyokong kami dari permulaan perniagaan ini beroperasi.Terima kasih banyak-banyak. Tanpa anda, SMF tiada ertinya (eceh...syahdu la plak).

SMF juga ingin memohon maaf kepada semua andai ada terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan yang mungkin pihak kami tidak sedari. Diharap anda dapat memaafkan kami yang tidak lepas melakukan kesilapan. SMF amat berharap agar hubungan yang sedia terjalin dapat dieratkan lagi dengan ketibaan syawal yang mulia ini, juga membuka lembaran baru bagi kita semua. Amin....

Monday, September 15, 2008

PROMOSI TERKINI!!

SunnurMushroomFarm (SMF) kini menjual :-

  • 1 set: Cap, Neck and Stopper pada harga
RM 0.14 SAHAJA!
  • Bongkah Cendawan
  1. Bagi bongkah yang berusia 2 minggu ke atas - RM 1.20
  2. Bagi bongkah berusia 30 hari ke atas - RM 1.40
  3. Bagi bongkah yang matang dan sedia dibuka - RM 1.60
Bukan itu sahaja, bagi setiap pembelian 2000 bongkah ke atas, kami akan memberi
5% diskaun

Apa TUNGGU lagi?

CEPAT rebut PELUANG ini pada harga yang PALING MURAH
sebelum terlambat....

Tuesday, September 9, 2008

My Cendawan

Yeh..nih die rupa cendawan yang dah tumbuh dan di'pack'kan sebelum dijual.

Apa Kebenda nye Tuh?

Aku ada sedikit kemusykilan skit nak tanya korang..
Harap korang ble kasi pendapat @ gi tau aku apa kebendanya tuh?
Cuba lihat gambar kt bawah nih...
Soalan aku:
- Apa benda putih yang kat bawah cendawan tuh?Adakah ia spora atau sejenis penyakit cendawan yang aku tak tahu?
-Time aku nak petik cendawan nih, aku nampak berasap2 kt sekitar cendawan aku?Pelik tapi benar...

Nih ada lagi 1 kemusykilan, cube tgk gambar nih plak..

Soalan aku:
-Apesal cendawan nih tumbuh pelik ek?Adakah sebab kurang air atau apa?

Mungkin ada antara korang yang tahu jawapan nye especially pada otai-otai yang dah lama terlibat dlm bidang nih..Harap korang dpt membantu aku yang tertanya-tanya nih..

Saturday, September 6, 2008

Alhamdulillah....

Cendawan sulung sudah mula tumbuh tapi malangnye aku lupa plak nak bawa kamera untuk merakam detik-detik indah ketika memetik, menimbang, me'packing', mengoreng serta me'santap' cendawan beramai-ramai bersama staff dan family. Gumbira rase bile hasil usaha selama ini membuahkan hasil...alhamdulillah

Buyers pun dah ada cume aku takut tak mencukupi jer untuk supply cendawan nih.Nampak gaya cam permintaan lebih dari pengeluaran. Nih yang kena cari pengusaha lain bagi membantu kami menampung hasil pengeluaran cendawan kami. Sesapa yang berminat nak jual cendawan mereka, sudila hubungi pihak kami.

SunnurMushroomFarm juga kini telah menerima tempahan bongkah daripada pelanggan yang berminat..alhamdulillah, rezeki Allah walaupun bulan pose tapi kami sedaya upaya cuba menyiapkan semua tempahan bongkah.Pada sesapa yang berminat utk tempahan bongkah cendawan samaada yg berbenih separa matang atau matang, hubungilah pihak kami.Ble laa collect skit 'duit raye' utk Amin..hehehe.

Wednesday, August 6, 2008

Permata Hatiku...

Assalamualaikum semua...

Ada berita yang mengembirakan...aku dah menjadi 'papa' pada 23hb Julai yang lalu..
Anak sulung lelaki aku selamat dilahirkan tepat pukul 9.44 pagi di Hospital Pusrawi.
Perasaan gembira dan bersyukur ke hadrat Allah kerana anak dan ibunye selamat dan sihat.
Nih aku paparkan wajah putera sulungku...Jeng..Jeng..Jeng

Muhammad Yushairil Amin

Lupa nak inform korang...tak lame lg aku updatekan perkembangan cendawan sulung aku..
Tak sabar rasenye tapi berdebar-debar pun ada...
Harap2 cendawan nih tumbuh mekar hendaknya...Amin..

Thursday, June 12, 2008

Bongkah-bongkahku....


Inilah keadaan bongkah-bongkah cendawan aku di dalam bilik suntikan akibat x cukup raga...
Hehehe..ukan apa..x sempat aku nak gi beli
Akibat kesibukan masa dan terkejar sana sini, aku tundakan dulu membeli raga..
Insya-allah, next week akan sampai raga, jadi senang laa skit kitorg nak mengangkutnya.
Buat sementara nih, 'patah' gak pinggang dibuatnya. Tapi x pe, bak kata pepatah 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'.

Bongkah-bongkah yang sedia utk dikukus

Okies ke ek kalo aku susun cam nih sebelum kukus?Ada effect kat bongkah x?Sesape tau, msg aku nnti ek.


Monday, June 9, 2008

Operasi bermula..

Tis week, aku nak concentrate buat bongkah-bongkah cendawan laks..
Dengan ilmu yg ku 'tuntut' di UPM (cewah), aku cube-cube aah aplikasikan
di samping tunjuk ajar dr Sifu ' Abg Zul' dr Ulu Yam. Al-maklumlah, kami daks baru belajar...
Jadi kena aah rajin2 betanye pada yang tahu..

Pada otai-otai di luar sane, cadangan dan ilmu anda amat2 aku alukan..harap kita sesama pengusaha dpt bekerjasama dan tolong-menolong di antara 1 dgn yg len..especially pd pengusaha2 di sekitar nogeri sembilan.jomput2 laa dtg ke tmpt den nih ha..;)

Proses pembancuhan bermula


Adik2 angkat yg membuat bongkah cendawan

Mak mentua dan wife aku yg turut 'turun padang'
memasukan span dlm cap

Smoga apa yang aku usahakan ini membuahkan hasil..Amin

Renovation Selesai Sudah....

Update perkembangan terbaru...

Lega rasenya aku renovation utk building selesai..
Skang ngah pikir nak buat bongkah-bongkah cendawan plaks...
Ini antara gmbr-gmbr seminggu lepas utk tatapan korang:-

Proses mengecat

Susunan rak

Pandangan dari hadapan premis