KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Dalam Bangunan Setiap Hari Sabtu Di Nilai,N.9

Nama:-
No. K/P:-
No. H/P:-
Alamat:-
Email

form mail

Sunday, April 19, 2009

Lawatan ke Bahau, N9

Bebaru ni, SMF telah membuat kunjungan ke tempat penanaman cendawan anak didik kami di Bahau, N9. Tempat ini adalah milik saudara Amiruddin. Agak menarik juga tempat ini kerana beliau membuat penanaman dalam sekolah agama yang lama tidak digunakan. Pengudaraan dan suhu nya juga cukup baik. Selain dari penanaman cendawan, beliau juga menternak cacing di dalam bilik kelas yang berasingan. Kami sempat snap beberapa keping gambar utk tatapan semua.

struktur bangunan saudara Amiruddin

bongkah cendawan yg diambil dr SMF



Saturday, April 4, 2009

Rombongan Rembau,N9 ke SMF

28/3/2009 yang lalu, SMF ada menerima kunjungan seramai 60 orang daripada rombongan Rembau, Negeri Sembilan. Pihak SMF turut memberikan sedikit taklimat berkenaan penanaman cendawan tiram kelabu dan juga mengadakan sedikit jualan. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat mengalakkan. Cuma kami agak terkilan sebab tidak dapat menyediakan cendawan yang mencukupi bagi tetamu kami. Ada juga dua tiga orang yang tidak dapat membeli cendawan pulang dengan hampa. Justeru, pihak SMF ingin memohon maaf atas kesilapan kami di sepanjang tempoh lawatan itu. Di kesempatan ini juga, SMF ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan lawatan ke Sunnur Mushroom Farm. Diharap dapatlah berkunjung lagi ke SMF di masa-masa akan datang. Kami menerima dengan tangan terbuka.

kusyuk dengar taklimat

saudara khairil memberi taklimat