KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Dalam Bangunan Setiap Hari Sabtu Di Nilai,N.9

Nama:-
No. K/P:-
No. H/P:-
Alamat:-
Email

form mail

Monday, January 5, 2009

Jawapan kepada Masalah Tikus, Cicak dan Lipas...yeah!

Ramai juga yang bertanya kepada saya penyelesaian bagi masalah tikus, lipas dan cicak (terutama bagi yang buat cendawan di dalam bangunan) semasa kursus berlansung. Ada jugak yang message dan tak kurang juga yang email kepada SMF. Jadi di sini, saya nak share serba sedikit info berkenaan permasalahan tersebut.

Kami mengguna beberapa cara untuk masalah tikus:-

Pertama: Guna perangkap tikus

Cara nih berjaya juga tetapi kena tengok gak pada umpannya. Ada gak umpan yang tak menjadi 'favourite' tikus nih. Tikus zaman sekarang dah ada 'taste'. Tapi ada 1 umpan yang tikus tak kan tolaknya..iaitu isi kelapa (warna putih) bakar.Huhuhu...sure mengena la wa cakap lu. Ada gak kami cuba umpan keju tapi kurang dari seminggu jerla mengena. Lepas dari tuh, Cik Ti tuh dah tak heran ngan keju. Cik Ti lebih suka benih cendawan dari keju. Tuh yang buat aku marah tuh. Dia suke makanan murah dari mahal. Hurm...tapi ada bagusnya gak, tak menghabiskan duit aku nak beli keju mahal2...Hehehe

Lepas korang dah perangkap + bunuh ( kill saje dengan air panas bagi yang tak der perasaan @ geram ngan Cik Ti nih sebab makan benih korang) atau lepaskan Cik Ti (akibat tak sampai hati nak bunuh macam wife aku :P), pastikan korang bersihkan/rendamkan perangkap tuh dengan air panas supaya rakan-rakan Cik Ti yang lain tak dapat menghidu bekas Cik Ti yang terbunuh/terlepas tadi. Ini antara salah satu tips untuk pastikan perangkap korang senantiasa mengena.

Kedua: Racun Tikus

Kami ada gak guna racun tikus tapi kami hanya letakan pada setiap penjuru bangunan. Biasanya Cik Ti nih dia suka lepak kat penjuru-penjuru bangunan, jadi kami letak la skit kt situ. Tapi cara nih kekadang jer berkesan, Cik Ti ni cam tau-tau jerk benda tuh beracun. Jadi dia tak makan. Kalo nak di'compare'kan guna perangkap dan racun, aku lebih suke guna perangkap sebab Cik Ti yang aku dapat sure besar-besar dari guna racun tikus (kebanyakan Cik Ti yang kecil-kecil jerk terbunuh). Tak syok lak rase...Isk isk isk..

Ketiga: Perekat Tikus

Yang nih favourite aku. Sekali aku letak jerk, selalunya skali 2 ekor terjerat dalam perangkap aku. Puas hati aku dari sekor sekor kena perangkap..Hahaha. Perekat tikus ni lagi SELAMAT sebab TIADA RACUN dan TIADA BAU berbanding guna racun tikus. Sampaikan aku beli berkotak-kotak , berdozen-dozen untuk halang Cik Ti nih dari merosakan bongkah dan benih aku. Cendawan punye pasal, layan kan ajerk lah..;)


Settle masalah tikus, moh kita beralih pada masalah lipas dan cicak laks:-


Pertama: Bulu merak

Pelik kan?Tetapi benar...bulu merak nih mampu menghalau cicak. tuh ikut petua orang dulu-dulu.Memula tu aku tak percaya gak..tapi lepas mencuba, ternyata memang berkesan. Save pun save. Tak yah kuar duit beli perangkap sane sini..Membebankan..


Kedua: Perangkap lekat untuk lipas dan cicak

Perangkap nih dikira SELAMAT gak sebab TIDAK BERACUN, TIDAK BERBAU dan TIDAK PERLU GUNA PENYEMBUR. Banyak gak lelipas dan cecicak yang terkorban lepas aku guna perangkap nih. Kecian oh kecian oh...


Cuma aku nak ingatkan kat korang, jgn guna apa-apa jenih penyembur pun spt baigon, resect dll. Aku takut nanti beri effect plak kt cendawan. Kualiti kena jaga jugak. Risau gak kalo kena keracunan cendawan. Yang paling penting kat sini ialah mantain kebersihan bangunan/bangsal korang. Kebersihan memang perlu dijaga dan tak boleh abaikan untuk mengelak serangan penyakit dan serangga perosak. Kalo boleh rajin-rajin la bersihkan dengan serai, daun pandan, dettol dan sewaktunya dengan. Biar cendawan kita tumbuh segar sokmo;)

Harap informasi aku nih berguna utk korang. Kalo ada terkurang, maapkanla. Itu hanya mengikut pengalaman aku. Kalo korang nak share pengalaman pun, aku alu-alukan. Addla kat komen aku nanti ek. Sesama kite bertukar pengetahuan dan maklumat.



5 comments:

abang k said...

mana nak dapat bulu merak tu?

SUNNUR MUSHROOM FARM said...

kat batu caves ada belambak..1 ikat RM15 kalo tak silap;)

Anonymous said...

mak aii jauh nye nak ke batu cafe..klu kat JB mane ade jual??

Ummu 'Aisyah said...

Salam.. Saya nak tumpang tanya pasal tikus.. Rumah baru saya banyak tikus. Di mana saya boleh dapatkan perekat dan racun tikus kalau boleh share.. Maaf ya.. Dah buntu tak tahu nak tanya siapa.. TQ..

Anonymous said...

3 hari lepas cikti masuk dapur. letak perekat tapi cikti berjaya melepaskan diri. jerat plak ngan sangkar, taruk umpan roti. tak bersentuh langsung. kena try isi kelapa bakar plak laa...