KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Dalam Bangunan Setiap Hari Sabtu Di Nilai,N.9

Nama:-
No. K/P:-
No. H/P:-
Alamat:-
Email

form mail

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, kami Sunnur Mushroom Farm (SMF) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terutama sekali kepada semua pengunjung setia blog ini, para pengusaha cendawan serta pembekal barangan cendawan kepada kami. Tidak lupa juga kepada customer atau pelanggan kami yang setia menyokong kami dari permulaan perniagaan ini beroperasi.Terima kasih banyak-banyak. Tanpa anda, SMF tiada ertinya (eceh...syahdu la plak).

SMF juga ingin memohon maaf kepada semua andai ada terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan yang mungkin pihak kami tidak sedari. Diharap anda dapat memaafkan kami yang tidak lepas melakukan kesilapan. SMF amat berharap agar hubungan yang sedia terjalin dapat dieratkan lagi dengan ketibaan syawal yang mulia ini, juga membuka lembaran baru bagi kita semua. Amin....

Monday, September 15, 2008

PROMOSI TERKINI!!

SunnurMushroomFarm (SMF) kini menjual :-

  • 1 set: Cap, Neck and Stopper pada harga
RM 0.14 SAHAJA!
  • Bongkah Cendawan
  1. Bagi bongkah yang berusia 2 minggu ke atas - RM 1.20
  2. Bagi bongkah berusia 30 hari ke atas - RM 1.40
  3. Bagi bongkah yang matang dan sedia dibuka - RM 1.60
Bukan itu sahaja, bagi setiap pembelian 2000 bongkah ke atas, kami akan memberi
5% diskaun

Apa TUNGGU lagi?

CEPAT rebut PELUANG ini pada harga yang PALING MURAH
sebelum terlambat....

Tuesday, September 9, 2008

My Cendawan

Yeh..nih die rupa cendawan yang dah tumbuh dan di'pack'kan sebelum dijual.

Apa Kebenda nye Tuh?

Aku ada sedikit kemusykilan skit nak tanya korang..
Harap korang ble kasi pendapat @ gi tau aku apa kebendanya tuh?
Cuba lihat gambar kt bawah nih...
Soalan aku:
- Apa benda putih yang kat bawah cendawan tuh?Adakah ia spora atau sejenis penyakit cendawan yang aku tak tahu?
-Time aku nak petik cendawan nih, aku nampak berasap2 kt sekitar cendawan aku?Pelik tapi benar...

Nih ada lagi 1 kemusykilan, cube tgk gambar nih plak..

Soalan aku:
-Apesal cendawan nih tumbuh pelik ek?Adakah sebab kurang air atau apa?

Mungkin ada antara korang yang tahu jawapan nye especially pada otai-otai yang dah lama terlibat dlm bidang nih..Harap korang dpt membantu aku yang tertanya-tanya nih..

Saturday, September 6, 2008

Alhamdulillah....

Cendawan sulung sudah mula tumbuh tapi malangnye aku lupa plak nak bawa kamera untuk merakam detik-detik indah ketika memetik, menimbang, me'packing', mengoreng serta me'santap' cendawan beramai-ramai bersama staff dan family. Gumbira rase bile hasil usaha selama ini membuahkan hasil...alhamdulillah

Buyers pun dah ada cume aku takut tak mencukupi jer untuk supply cendawan nih.Nampak gaya cam permintaan lebih dari pengeluaran. Nih yang kena cari pengusaha lain bagi membantu kami menampung hasil pengeluaran cendawan kami. Sesapa yang berminat nak jual cendawan mereka, sudila hubungi pihak kami.

SunnurMushroomFarm juga kini telah menerima tempahan bongkah daripada pelanggan yang berminat..alhamdulillah, rezeki Allah walaupun bulan pose tapi kami sedaya upaya cuba menyiapkan semua tempahan bongkah.Pada sesapa yang berminat utk tempahan bongkah cendawan samaada yg berbenih separa matang atau matang, hubungilah pihak kami.Ble laa collect skit 'duit raye' utk Amin..hehehe.