KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Dalam Bangunan Setiap Hari Sabtu Di Nilai,N.9

Nama:-
No. K/P:-
No. H/P:-
Alamat:-
Email

form mail

Thursday, October 23, 2008

Mesin begging telah tiba...

Alhamdulillah...
Mesin begging kami dah sampai 3 hari yang lepas. Ini bermakna aktiviti mem'bongkah' akan menjadi lebih aktif lagi memandangkan tempahan bongkah kian meningkat dan bongkah yang sedia ada dalam kilang perlu ditukar untuk meneruskan production cendawan. Lagi pulak, bebaru nih sorang pekerja sambilan aku dah berhenti,jadi aku dah kekurangan sorang tenaga pekerja. Nasib mesin nih sampai tepat pada waktunya..Mesin nih boleh menghasilkan 250 bongkah dalam masa 1 jam.Itu duration kalo dah pakar la. Kalo baru memula nak mencuba, adalah dalam 150-200 bongkah dalam 1 jam. Almaklumlah, benda baru mustila terkial-kial gak nak gunakan. Apa pun aku rasa lega dengan adanya bantuan mesin nih! (Terima kasih Ya Allah, Kau menolong aku di kala aku memerlukan)

Nih la rupenya mesin begging aku

Baru nak test mesin

Cara nak masukan habuk kayu dalam polibeg

Aku gak nak update skit perkembangan SMF sepanjang bulan puasa dan bulan raya nih. Alhamdulillah, production cendawan kami skang dalam lingkungan 15kg-40kg sehari. Memula cendawan nak tumbuh, pening gak kepala aku memikirkannya sebab dia kuar skit-skit dan jarang-jarang. Risau gak..apalah masalah cendawan aku nih.Merajuk ngan aku ke hape ke?Nasib, abg Man(tunas alam) ada berkunjung ke kilang dengan family die, so aku mengambil kesempatan tanya itu dan ini. Baru aku tahu, kenapa cendawan aku tumbuh tak sekata dan skit-skit.Rupa-rupanya, aku bukak tutup peram awal sangat. 4hari-5hari aku dah bukak.Tak sabar punye pasal..Nak kata gelojoh pun ada. Ye lah, production pertama la katakan.Hehehe....Thanks Abg Man and Kak Ita atas kunjungan dan sudi melayan soklan2 kami..sudi-sudi la dtg lagi:D

Hari pertama raya, cendawan aku 'mengila'tumbuh. Adalah dalam lingkungan 50kg..Tgh sibuk orang nak beraya, dia pun nak beraya gaks. Alhamdulillah...sudahnya aku, wife dan anak sempat beraya suku hari je kat kampung. Selebihnya kami beraye di kilang...Seronoknye tidak terkata bagai mendapat duit raye plak rasenya..Hehe..Tapi jenuh jugak aku and wife memetik dan mem'packing'cendawan ari tuh sampai sakit2 pinggang dibuatnya..Yelah, staff semua bercuti, kami pulak yang bekerja..Walaupun penat, kami berdua seronok (sambil nyanyi2, bersajak,bersyair...semua cukup lengkap) sebab pengalaman nih merupakan salah satu 'kenangan terindah' kami...sayang kami tak bawak kamera utk dirakam;) Amin(anak kami) pun tak meragam mcm tau-tau papa and mama dia bekerja. Cayunk anak sorang nih...

Saturday, October 11, 2008

berkursus sambil berkelah...

Hari nih merupakan pertama kali SMF mengadakan kursus penanaman cendawan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sesambil berkursus nih, sempat juga kami adakan sedikit doa selamat dan berkelah di kilang. Walaupun tiada deruan air terjun atau sungai di sekitarnya,tetapi cukuplah sekadar cendawan yang meng'kelabu' menjadi menyeri 'perkelahan' kami. Hepinya tidak terkata...
Di antara gambar yg sempat aku snap:-

Tidak lupa juga cendawan goreng sebagai sajian..nyum nyum..

Resepi aku senang jer utk buat cendawan goreng nih..Kalo org lain menggunakan tepung tapi aku tak. Aku guna perencah sup dan telur sahaja sebagai bahan. Caranya bancuhkan perencah sup tadi dengan telur dan salutkan pada cendawan. Lepas tuh terus goreng. Rasanya ranggup/crunchy walaupun sudah sejuk. Tak caye? Cubelah nanti..


Tuesday, October 7, 2008

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN KALI PERTAMA

Hye kawan-kawan!!

Setelah 4 bulan beroperasi, Sunnur Mushroom Farm (SMF) kini bersedia menganjurkan
Kursus Penanaman Cendawan Tiram Di Dalam Bangunan Kali Pertama atas permintaan ramai. Kursus ini membuka peluang kepada bakal pengusaha cendawan yang berminat untuk menanam cendawan di dalam bangunan seperti rumah, kedai, pejabat mahupun kilang. Tips dan teknik yang betul akan diajar serta rahsia kejayaan turut dikongsi bersama.
(Klik iklan untuk paparan penuh)


Sekiranya anda berminat, sila ikuti langkah seperti di bawah:-
  • Langkah pertama
- Masukkan deposit sebanyak RM 50 ke
CIMB Bank - No.Akaun: 14460000499054

atas nama MOHD KHAIRIL AMRI B. ISHAK

  • Langkah kedua
- SMS:- Nama, Alamat, K/P, tarikh dan masa transaksi dibuat
ke 016-9069004 untuk pengesahan.
Baki bayaran boleh dilunaskan pada hari kursus diadakan.

Sekian, terima kasih........................