KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Dalam Bangunan Setiap Hari Sabtu Di Nilai,N.9

Nama:-
No. K/P:-
No. H/P:-
Alamat:-
Email

form mail

Friday, March 9, 2012

Happy BOrn Day

Masa berputar.
Sedar tak sedar, genap sudah umurku 28 thn.
Cepatnya masa berlalu.

Sedar tak sedar, aku sudah berkahwin and have 2 kids.
Alhamdulliah, semoga Allah memelihara dan memanjangkan jodohku serta kuatkan ikatan kasih sayang antara kami.


Sedar tak sedar, aku yg dahulunya depend on parent sepenuhnya mula menjadi seorang yg independent.
Masa dan situasi itu membuatkan kita berubah menjadi yg lebih baik.

Sedar tak sedar, aku yang dulunya jenis tak ambil kisah dan happy go lucky, kini mula memikirkan perancangan masa hadapan especially for amin n bismi.
Thanks to en. Suami yg sentiasa d sisi dan mjadi kaunselor terhebat

Semoga tahun ini, Allah mengurniakan aku rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yg baik, dan cemerlang dlm apa jua bidang yg aku ceburi. Amin...





posted from Bloggeroid

Tuesday, June 30, 2009

RM15,000 pakej peralatan dan mesin 2nd

Setelah hampir 2 tahun berkecimpung di dalam industri pertanian cendawan, SMF kini dalam proses membina bangsal cendawan di kawasan tanah kampung di Jelebu, Negeri Sembilan untuk menambah produktiviti penanaman cendawan yang tidak mencukupi. Alhamdulillah, pinjaman daripada kerajaan juga telah diluluskan. Terima kasih banyak-banyak.

Disebabkan pemindahan ini, kami membuat penjualan pakej peralatan cendawan yang berada di dalam kilang kami iaitu:-
  • 13 rak cendawanbesar(muatan 700-800 bongkah per rak)
  • 3 rak cendawan kecil (muatan 400-500 bongkah per rak)
  • mesin pengukus (muatan 1000 bongkah)
  • mesin pembancuh(60-80kg)
  • mesin bagging
  • bongah cendawan (2500-4000 bongkah dalam proses peram)
  • bakul-bakul
  • air corn 1hp
  • peralatan pembancuhan spt skop, cangkul, kereta sorong dll
  • peralatan penjagaan cendawan spt spray dettol, alat pengorek dll
  • net hitam
Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En.Khairil di talian 016-9069004.

Friday, May 8, 2009

Lawatan ke Semenyih

Skali lagi kami membuat lawatan ke tempat salah seorang anak didik kami iaitu Saudara Khawari di Semenyih. Beliau membuat penanaman cendawan tiram kelabu di dalam rumah kedai yang tidak digunakan. Strategik juga tempatnya kerana berhampiran dengan kawasan perumahan. Suhu dan persekitaran juga tidak berapa panas. Semoga beliau terus sukses...

saya dan encik Khawari

bongkah yang diambil dari SMF


Pemborong & Pembekal Cendawan Frozen

SMF kini mengatur setapak lagi kehadapan dengan menjadi pemborong dan juga pembekal cendawan frozen berperisa original, kari, kurma dan tom yam. Syukur, alhamdulillah, sambutan amat menggalakan dan permintaan meningkat dari hari ke hari..Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia kami. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saudara Khairil di 016-9069004 untuk maklumat lanjut. Terima Kasih...

cendawan frozen secara borong
sedia untuk dihantar

lagi frozen untuk dihantar


Sunday, April 19, 2009

Lawatan ke Bahau, N9

Bebaru ni, SMF telah membuat kunjungan ke tempat penanaman cendawan anak didik kami di Bahau, N9. Tempat ini adalah milik saudara Amiruddin. Agak menarik juga tempat ini kerana beliau membuat penanaman dalam sekolah agama yang lama tidak digunakan. Pengudaraan dan suhu nya juga cukup baik. Selain dari penanaman cendawan, beliau juga menternak cacing di dalam bilik kelas yang berasingan. Kami sempat snap beberapa keping gambar utk tatapan semua.

struktur bangunan saudara Amiruddin

bongkah cendawan yg diambil dr SMF



Saturday, April 4, 2009

Rombongan Rembau,N9 ke SMF

28/3/2009 yang lalu, SMF ada menerima kunjungan seramai 60 orang daripada rombongan Rembau, Negeri Sembilan. Pihak SMF turut memberikan sedikit taklimat berkenaan penanaman cendawan tiram kelabu dan juga mengadakan sedikit jualan. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat mengalakkan. Cuma kami agak terkilan sebab tidak dapat menyediakan cendawan yang mencukupi bagi tetamu kami. Ada juga dua tiga orang yang tidak dapat membeli cendawan pulang dengan hampa. Justeru, pihak SMF ingin memohon maaf atas kesilapan kami di sepanjang tempoh lawatan itu. Di kesempatan ini juga, SMF ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan lawatan ke Sunnur Mushroom Farm. Diharap dapatlah berkunjung lagi ke SMF di masa-masa akan datang. Kami menerima dengan tangan terbuka.

kusyuk dengar taklimat

saudara khairil memberi taklimat

Thursday, March 5, 2009

Produk Terbaru SMF!

SMF kini melancarkan produk terbaru kami iaitu Cendawan Frozen yang mempunyai empat perisa iaitu perisa Original, perisa Kari, perisa Kurma dan perisa Tom Yam.

Promosi terkini!!
Perisa Original, Kari, Kurma dan Tom Yam
200gm

Beli 3 produk dengan harga cuma RM 10 sahaja!!
Harga bagi pemborong dan peruncit adalah berlainan.
Sekiranya berminat, sila hubungi 016-9069004 (Khairil) untuk maklumat lanjut.

Monday, February 2, 2009

Bongkah Expired Untuk Dijual

Salam semua...
SMF ingin menjual bongkah-bongkah cendawan yang telah expired pada harga 3 sen sebongkah bergantung pada kuantiti yang dikehendaki. Sesape yang berminat,sila hubungi saudara Khairil016-9069004 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, January 21, 2009

Promosi utk Kursus Berkumpulan

Bagi peserta kursus yang ingin hadir secara berkumpulan iaitu melebihi 8 orang, akan menerima diskaun sebanyak 15% daripada harga biasa.Tawaran sah sehingga Mac 2009 sahaja. Terima Kasih.

Monday, January 5, 2009

Jawapan kepada Masalah Tikus, Cicak dan Lipas...yeah!

Ramai juga yang bertanya kepada saya penyelesaian bagi masalah tikus, lipas dan cicak (terutama bagi yang buat cendawan di dalam bangunan) semasa kursus berlansung. Ada jugak yang message dan tak kurang juga yang email kepada SMF. Jadi di sini, saya nak share serba sedikit info berkenaan permasalahan tersebut.

Kami mengguna beberapa cara untuk masalah tikus:-

Pertama: Guna perangkap tikus

Cara nih berjaya juga tetapi kena tengok gak pada umpannya. Ada gak umpan yang tak menjadi 'favourite' tikus nih. Tikus zaman sekarang dah ada 'taste'. Tapi ada 1 umpan yang tikus tak kan tolaknya..iaitu isi kelapa (warna putih) bakar.Huhuhu...sure mengena la wa cakap lu. Ada gak kami cuba umpan keju tapi kurang dari seminggu jerla mengena. Lepas dari tuh, Cik Ti tuh dah tak heran ngan keju. Cik Ti lebih suka benih cendawan dari keju. Tuh yang buat aku marah tuh. Dia suke makanan murah dari mahal. Hurm...tapi ada bagusnya gak, tak menghabiskan duit aku nak beli keju mahal2...Hehehe

Lepas korang dah perangkap + bunuh ( kill saje dengan air panas bagi yang tak der perasaan @ geram ngan Cik Ti nih sebab makan benih korang) atau lepaskan Cik Ti (akibat tak sampai hati nak bunuh macam wife aku :P), pastikan korang bersihkan/rendamkan perangkap tuh dengan air panas supaya rakan-rakan Cik Ti yang lain tak dapat menghidu bekas Cik Ti yang terbunuh/terlepas tadi. Ini antara salah satu tips untuk pastikan perangkap korang senantiasa mengena.

Kedua: Racun Tikus

Kami ada gak guna racun tikus tapi kami hanya letakan pada setiap penjuru bangunan. Biasanya Cik Ti nih dia suka lepak kat penjuru-penjuru bangunan, jadi kami letak la skit kt situ. Tapi cara nih kekadang jer berkesan, Cik Ti ni cam tau-tau jerk benda tuh beracun. Jadi dia tak makan. Kalo nak di'compare'kan guna perangkap dan racun, aku lebih suke guna perangkap sebab Cik Ti yang aku dapat sure besar-besar dari guna racun tikus (kebanyakan Cik Ti yang kecil-kecil jerk terbunuh). Tak syok lak rase...Isk isk isk..

Ketiga: Perekat Tikus

Yang nih favourite aku. Sekali aku letak jerk, selalunya skali 2 ekor terjerat dalam perangkap aku. Puas hati aku dari sekor sekor kena perangkap..Hahaha. Perekat tikus ni lagi SELAMAT sebab TIADA RACUN dan TIADA BAU berbanding guna racun tikus. Sampaikan aku beli berkotak-kotak , berdozen-dozen untuk halang Cik Ti nih dari merosakan bongkah dan benih aku. Cendawan punye pasal, layan kan ajerk lah..;)


Settle masalah tikus, moh kita beralih pada masalah lipas dan cicak laks:-


Pertama: Bulu merak

Pelik kan?Tetapi benar...bulu merak nih mampu menghalau cicak. tuh ikut petua orang dulu-dulu.Memula tu aku tak percaya gak..tapi lepas mencuba, ternyata memang berkesan. Save pun save. Tak yah kuar duit beli perangkap sane sini..Membebankan..


Kedua: Perangkap lekat untuk lipas dan cicak

Perangkap nih dikira SELAMAT gak sebab TIDAK BERACUN, TIDAK BERBAU dan TIDAK PERLU GUNA PENYEMBUR. Banyak gak lelipas dan cecicak yang terkorban lepas aku guna perangkap nih. Kecian oh kecian oh...


Cuma aku nak ingatkan kat korang, jgn guna apa-apa jenih penyembur pun spt baigon, resect dll. Aku takut nanti beri effect plak kt cendawan. Kualiti kena jaga jugak. Risau gak kalo kena keracunan cendawan. Yang paling penting kat sini ialah mantain kebersihan bangunan/bangsal korang. Kebersihan memang perlu dijaga dan tak boleh abaikan untuk mengelak serangan penyakit dan serangga perosak. Kalo boleh rajin-rajin la bersihkan dengan serai, daun pandan, dettol dan sewaktunya dengan. Biar cendawan kita tumbuh segar sokmo;)

Harap informasi aku nih berguna utk korang. Kalo ada terkurang, maapkanla. Itu hanya mengikut pengalaman aku. Kalo korang nak share pengalaman pun, aku alu-alukan. Addla kat komen aku nanti ek. Sesama kite bertukar pengetahuan dan maklumat.