KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI DALAM BANGUNAN, SETIAP HARI SABTU DI NILAI, N9

Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Dalam Bangunan Setiap Hari Sabtu Di Nilai,N.9

Nama:-
No. K/P:-
No. H/P:-
Alamat:-
Email

form mail

Monday, June 9, 2008

Operasi bermula..

Tis week, aku nak concentrate buat bongkah-bongkah cendawan laks..
Dengan ilmu yg ku 'tuntut' di UPM (cewah), aku cube-cube aah aplikasikan
di samping tunjuk ajar dr Sifu ' Abg Zul' dr Ulu Yam. Al-maklumlah, kami daks baru belajar...
Jadi kena aah rajin2 betanye pada yang tahu..

Pada otai-otai di luar sane, cadangan dan ilmu anda amat2 aku alukan..harap kita sesama pengusaha dpt bekerjasama dan tolong-menolong di antara 1 dgn yg len..especially pd pengusaha2 di sekitar nogeri sembilan.jomput2 laa dtg ke tmpt den nih ha..;)

Proses pembancuhan bermula


Adik2 angkat yg membuat bongkah cendawan

Mak mentua dan wife aku yg turut 'turun padang'
memasukan span dlm cap

Smoga apa yang aku usahakan ini membuahkan hasil..Amin

Renovation Selesai Sudah....

Update perkembangan terbaru...

Lega rasenya aku renovation utk building selesai..
Skang ngah pikir nak buat bongkah-bongkah cendawan plaks...
Ini antara gmbr-gmbr seminggu lepas utk tatapan korang:-

Proses mengecat

Susunan rak

Pandangan dari hadapan premis

Saturday, May 31, 2008

Rak kayu in progress

Pak Din tgh sibuk memotong kayu


Sempat interframe untuk kenang-kenangan


Minggu ni aku mula membuat rak kayu, dengan bantuan Pak Din dan Haikal (merangkap adik angkat aku). Nasib baik ada diorg, kalo tak susah gak aku dibuatnya. Selama 1 minggu, kami bertungkus lumus membersihkan kawasan kilang, renovate kilang, membuat rak-rak kayu, menyediakan peralatan dan bahan-bahan utk proses bongkah cendawan dll asalkan kami dpt beroperasi tepat pada 1/6/2008. Insya-allah, target kami nih tercapai.

Nanti aku poskan gambar terbaru kilang aku selepas di'renovate'.Walaupun simple, tapi kepayahan untuk membuat tuh Tuhan saja yang tahu. Tapi,aku anggap semua tuh cabaran untuk aku maju setapak lagi ke hadapan. Dan antara hasilnya.......

Rak kayu yang sempat disiapkan

Amacam rak kayu aku? Confirm kukuh...pada kekorang yang berminat nak buat tempahan rak kayu, jgn segan-segan hubungi aku..Harga bisa dibincangkan. Tak jadi masalah...;)

Friday, May 30, 2008

Segala-galanya bermula......

Premis sebelum di 'renovate'

Awal bulan 5 yang lepas, aku n wife aku g survey premis yang sesuai untuk kitorg mulakan operasi tanaman cendawan. Survey punye survey, premis nih jugak yang berkenan di hati..

Dengan keluasan 3000 kaki persegi, aku rasa dah mencukupi sebagai permulaan untuk aku mulakan business cendawan nih.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

SUNNUR MUSHROOM FARM

437 (PT3415) JALAN NILAI 7/17
KAWASAN PERINDUSTRIAN NILAI 7
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN
WEB : http://sunnurmushroom.blogspot.com
EMAIL : sunnur_mushroom@yahoo.com
TEL : 016-9069004


Kami menyediakan bahan-bahan asas dan bekalan untuk Industri Cendawan, antaranya:

1. Cap/neck/stoper
2. Span
3. Plastik bag 6 X 13
4. Plastik pembungkus 7 X 10
5. Habuk Kayu getah
6. Bungkah cendawan
7. Pakej rumah cendawan
8. Cendawan
9. Dedak padi
10. Kapur Pertanian
11. EM
12. Mesin pengukus dan pembancuh

Selain daripada itu,kami juga membekal/menjual produk-produk yang berasaskan cendawan, diantaranya ialah:

1. Jus cendawan
2. Kerepek cendawan
3. Produk kesihatan yang berasaskan cendawan seperti madu,pil,kopi dan lain-lain
4. Sup cendawan dalam tin dan paket (serbuk)
5. Dan lain-lain

Kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke premis perniagaan kami seperti beralamat diatas.

Untuk keterangan tuan/puan boleh menghubungi saudara
Khairil ( 016-9069004 ).

Terima Kasih.